Laporan Lawatan Kami

Laporan Lawatan Ke Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, Putrajaya. 


Pada hari Rabu iaitu 4 Mac 2012, 2 buah kelas iaitu G 5.3 dan G 5.6 telah mengadakan lawatan ke Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas yang terletak di Putrajaya. Rombongan seramai 36 orang diiringi oleh Encik Yusoff bin Mohd Nor . Kami telah bertolak seawal jam 8.30 pagi dan tiba di sana sekitar jam 9 00 pagi.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pendedahan awal mengenai perkhidmatan terapi untuk murid-murid berkeperluan khas. Di samping itu, kami ingin melihat sendiri bagaimana sesi terapi yang sebenar dijalankan.

Ketibaan kami disambut oleh pegawai di sana dengan tangan yang lapang. Acara lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Encik Habib mengenai kakitangan, sejarah penubuhan dan terapi yang terdapat di sana. Kemudiannya,kami pun berpecah kepada 2 kumpulan untuk melawat pelbagai jenis bilik terapi.

Bilik pertama yang kami lawati ialah bilik untuk terapi penglihatan. Kami menjumpai pelbagai jenis kanta dan komputer yang telah diubah suai, khusus untuk individu yang mengalami masalah penglihatan.

Seterusnya kami beredar ke bilik yang kedua iaitu bilik Multisensory Softplay . Kami sangat teruja melihat pelbagai permainan yang amat menarik. Apabila lantai atau bongkah-bongkah di dalam bilik ini dipijak, ianya akan mengeluarkan cahaya dan bunyi. Tambahan pula, terdapat lagu-lagu yang dimainkan. Kesimpulannya, bilik ini menggabungkan deria sentuh, deria dengar dan deria lihat untuk meransang perkembangan kanak-kanak. 

Kemudian, kami bergerak ke bilik Snoozeland. Bilik tersebut amat menarik perhatian kerana terdapat lampu yang berwarna-warni, muzik dan visual yang amat menenangkan.

Selain itu, kami juga telah mengunjungi bilik audiologis. Terdapat pelbagai alat untuk membuat ujian pendengaran. Salah seorang daripada kami telah mencuba sendiri alat tersebut.

Dan bilik yang terakhir ialah bilik terapi pertuturan. Disebabkan tiada klien pada masa tersebut, kami mengambil peluang untuk melihat bahan bantu mengajar yang digunakan.

Setelah selesai lawatan, kami beredar ke ruang legar. Sesi ini diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada pihak pegawai di sana. Beliau turut menerangkan mengenai ruang dan peluang kerjaya yang boleh kami ceburi jika ingin melanjutkan pengajian pada masa akan datang.

Sebelum kami beransur pulang,ucapan penghargaan telah disampaikan oleh wakil kelas iaitu Aziz Azwan bin Karim dan hadiah cenderamata dan buah tangan disampaikan oleh pensyarah kami iaitu,Puan Jariyati binti Jahri.

Kesimpulannya, kami telah dapat melihat gambaran secara kasar mengenai terapi-terapi yang dijalankan dan diamalkan di sekolah-sekolah pendidikan khas. Terdapat idea yang kritis dan kreatif yang boleh diambil untuk dipraktikkan di sekolah. Kami berharap agar akan ada lagi lawatan sebegini dijalankan pada masa akan datang.


* Kenangan kami semasa berada di PPPK, Putrajaya.*
Laporan Lawatan Terapi Bowling

Pada 29 Mac yang lalu, seramai 16 orang ahli kumpulan G5.3 PISMP Semester 3 IPG IK  diiringi oleh Puan Jariyati selaku pensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan ke  Indah Parade, Petaling Jaya untuk melihat murid-murid PPKI dari Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri menjalankan terapi bowling. Kami tiba di pusat bowling tersebut pada jam 11.00 pagi.

Ketibaan kami disambut oleh guru pembimbing, Puan Ng. Selepas berkenalan dengan guru-guru pembimbing yang ada di sana, kami pun memulakan pemerhatian kami terhadap cara pelaksanaan terapi bowling. Kami tidak diizinkan untuk berada di kawasan permainan bowling memandangkan kasut khas perlu dikenakan semasa aktiviti dijalankan.

Terdapat beberapa kelebihan terapi bowling yang dapat dilihat. Antaranya adalah :
  •    Mendedahkan murid PPKI dengan persekitaran luar dalam usaha untuk merealisasikan proses P&P.
  •      Mengembangkan minda pelajar dan memberi mereka peluang untuk bersosial.
  •    Menambahkan pengetahuan mereka di bawah kendalian guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Matematik, dan Moral.
  •     Memberi pendedahan tentang permainan bowling dan aspek pengurusan diri.
  •         Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus dikalangan pelajar.
  •     Melatih keseimbangan murid-murid.
      Murid-murid sangat menyukai aktiviti terapi ini. Mereka bermain dengan bersungguh-sungguhdan memberikan sokongan kepada rakan mereka yang sedang bermain. Hal ini secara tidak langsung membina kemahiran komunikasi murid-murid PPKI. 
    
   Berikut merupakan temubual dengan Ramesh, seorang murid PPKI yang sangat mesra dan ‘talkative’! Temubual ini dirakam sebelum murid-murid PPKI berangkat pulang.  


Aktiviti terapi bersurai pada jam 12.30 tengahari. Sebelum berangkat pulang, ahli G5.3 sempat mengadakan pertandingan bowling sesama mereka. 

Saya mendapati bahawa murid-murid PPKI tidak dapat menjatuhkan pin bowling. Hal ini mungkin akan mengurangkan minat mereka terhadap permainan ini memandangkan mereka menghadapi kesukaran untuk berjaya. Oleh itu, saya mencadangkan agar lane bowling ini dilengkapi dengan pagar.

Ini merupakan gambar yang diambil sewaktu saya menjalankan aktiviti PBS di SK. Bangsar pada tahun 2011. Saya berpeluang untuk menyertai aktiviti terapi bowling mereka.Apabila lane ini dipagar, peratus kejayaan murid untuk menjatuhkan pin akan meningkat. Murid-murid akan berasa lebih teruja dan bermotivasi untuk meneruskan aktiviti terapi ini. 

Sekian sahaja laporan daripada saya. Semoga kami akan dapat menyertai lebih banyak lawatan yang dapat meningkatkan ilmu kami mengenai aktiviti terapi agar kami dapat mengaplikasikannya semasa berada di sekolah kelak.


*Gambar-gambar ketika di pusat bowling.*
Lawatan ke Yayasan Kiwanis Pusat Sindrom Down Negara

Pada 4 April yang lalu, seramai 118 orang ahli kumpulan G5.3 PISMP Semester 5 IPG IK  diiringi oleh Puan Jariyati selaku pensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan ke Yayasan Kiwanis Pusat Sindrom Down Negara yang terletak di Lot 13490, Jln Jenjarum (Off Jalan SS 23/1 Taman SEA) 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Rombongan kami meninggalkan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk ke Yayasan Kiwanis tepat jam 8.00 pagi. Rombongan dijangka tiba pada jam 8.45 pagi. Namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan rombongan kami tiba di Yayasan Kiwanis pada jam 9.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh pegawai di sana dengan tangan yang lapang.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih kumpulan G5.3 ini mengenai pengurusan sesebuah agensi bukan kerajaan yang mengambil berat terhadap kanak-kanak Sindrom Down dan menimba sedikit ilmu berkaitan program serta cara pelaksanaan pengajaran yang dilaksanakan oleh pihak Yayasan Kiwanis.

Sejak diasaskan pada tahun 1915, Kiwanis telah berkembang kira-kira 8,000 kelab di 96 buah negara, dengan lebih daripada 260,000 orang dewasa dan 320,000 ahli belia. Di Malaysia, terdapat 53 kelab Kiwanis di seluruh negara, dengan lebih daripada 1,400 orang ahli. Apakah yang dimaksudkan dengan nama "Kiwanis"? Apa moto Kiwanis?.

Maksud Kiwanis
Nama "Kiwanis" adalah daripada frasa Indian Amerika yang bermaksud 
"to express one’s self".

Moto Kiwanis
Moto Kiwanis adalah: "Serving the Children of the World"

Lawatan kami dimulakan dengan kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kami diterangkan bagaimana Yayasan Kiwanis ini berfungsi kepada ibu bapa dan kanak-kanak down sindrom ini. Terdapat banyak kelas di Yayasan kiwanis yang menempatkan kanak-kanak Down sindrom. Bukan itu sahaja, banyak bilik istimewa yang ada seperti Katorea Children’s Library, bilik terapi kerja, kolam renang khas, taman permainan, bilik sumber dan sebagainya disediakan. Kesemua infrastruktur yang disediakan ini berfungsi bagi membantu perkembangan kanak-kanak tidak kira dari segi fizikal mahupun mental. Kebiasaannya, pada awal pagi sebelum sesi pengajran dan pembelajaran dimulakan, kanak-kanak ini akan dibawa bermain di taman permainan bagi memastikan minat murid untuk masuk ke kelas dapt diwujudkan.

Bukan itu sahaja, terdapat sudut literasi bahasa di setiap kelas di mana guru akan membawa murid untuk belajar bahasa. Selain itu, terdapat juga bilik darjah yang disusun seperti bilik darjah disekolah normal. Menurut Puan Angie ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak sindrom down yang sudah boleh berdikari mengalami situasi dan pengalaman belajar di dalam bilik darjah yang normal sebelum masuk ke alam persekolahan yang normal kelak. Kanak-kanak ini juga diajar cara makan pada setiap kali sesi rehat di mana setiap kanak-kanak ini akan diajar cara membuka tupperware, pegang sudu dan garpu, cara mengigit dan mengunyah makanan serta cara tatatertib yang betul ketika makan.

Kebanyakkan infrastruktur yang ada di yayasan Kiwanis ini adalah sumbangan daripada individu-individu dan syarikat yang sedar akan nasib kanak-kanak ini dan pemurah memberikan bantuan yang banyak tidak terhingga. Seperti bilik terapi cara kerja, peralatan dan kemudahan yang ada sungguh banyak, lengkap dan selamat digunakan. Bukan itu sahaja, kami semua terkejut apabila dibawa masuk ke dalam bilik sumber Yayasan Kiwanis ini di mana terdapat banyak bahan bacaan, latan permainan dan sebagainya yang ada di dalam bilik itu. Sekali pandang ibarat bilik sumber ini seperti sebuah kedai besar yang menjual peralatan untuk belajar.   

Lawatan kami tamat pada jam 11.00 pagi. Sebelum bertolak pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, kami sempat mengadakan majlis penutup secara kecil-kecilan bagi menyerahkan sedikit sumbangan dan cenderahati kepada pihak pengurusan Yayasan Kiwanis yang sudi menerima kunjungan kami. Kami bertolak pulang pada jam 11.30 pagi.   


*Gambar-gambar di KIWANIS.*
LAPORAN TERAPI SENI 
Pada 30 Mac 2010, kumpulan G 5.3 telah menjalani aktiviti terapi seni di Dewan Dato Razali bersempena dengan Pameran Guris anjuran Jabatan Pendidikan Seni Visual. Aktiviti bermula pada jam 9 hingga 10.30 pagi. Aktiviti ini diadakan untuk memenuhi kehendak subjek PKB 3109 dimana kesemua guru pelatih dikehendaki untuk menjalani amali terapi dan antaranya ialah terapi seni. Antara aktiviti yang dapat dijalankan sepanjang Pameran Guris ini adalah mewarna batik, membuat tembikar dan juga membuat bentuk daripada doh tepung yang telah disediakan. 

Melalui pameran ini juga ,kami dapat melihat beberapa hasil seni yang dipamerkan begitu menarik dan menunjukkan tahap kreativiti pelukis itu sendiri. Seperti yang kita ketahui dalam setiap hasil lukisan tangan tidak aka nada yang sama walaupun daripada pelukis yang sama. Antara hasil seni yang dipamerkan ialah:

*Antara karya yang begitu menarik dan mempunyai maksud yang tersendiri.*

* Hasil karya yang menunjukkan pergerakan dan keseimbangan.*

*Kraf Tradisional yang terdiri daripada alat perhiasan diri dan juga tembikar.*

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah:

*Membuat tembikar daripada tanah liat.*

*Membentuk doh tepung.*

*Antara hasil seni yang telah siap.*


Kesimpulannya, berdasarkan kepada lawatan ke Pameran Guris dimana melibatkan terapi seni kepada semua guru pelatih. Kami memperolehi pelbagai pengalaman yang boleh diaplikasikan  bersama - sama dengan murid - murid pendidikan khas. Ia juga memberi idea untuk kami melaksanakan terapi seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

No comments:

Post a Comment