"SPECIAL TEACHERS ARE FOR SPECIAL CHILDREN" |
Untuk semester 5, kami telah mengambil subjek Terapi Dalam Pendidikan Khas. Tujuan subjek ini adalah untuk memberikan pendedahan awal mengenai terapi-terapi yang boleh digunakan untuk murid bermasalah pembelajaran. Selain itu, kami juga telah mengadakan beberapa siri lawatan ke beberapa pusat terapi yang terkemuka untuk melihat bagaimana terapi ini diaplikasikan.
Blog ini dibuat untuk memenuhi kerja kursus pendek yang telah diberikan. Semoga pengetahuan yang ada ini mampu menjadi sumber rujukan untuk individu yang berminat.
Salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.